Khamis, 2009 April 30

Satukan bajet suami isteri

Banyak pasangan suami dan isteri tidak berbincang mengenai bajet kewangan mereka, padahal ia boleh disatukan untuk kebaikan sekeluarga.

Membina keluarga bahagia ketika sedang menghadapi kemerosotan ekonomi bukannya satu perkara yang mudah. Sekiranya tiada kesabaran dan iman, kita pasti menghadapi masalah persefahaman dan emosi dalam menyelenggara perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan keluarga.

Hari ini cuba anda duduk bersama pasangan hidup dan berbincanglah mengenai perancangan kewangan, selain apa yang kita inginkan dalam kehidupan.

Walaupun masing-masing mempunyai matlamat sendiri, apa kata kita gandingkan bersama dan menjadi lebih kreatif dalam merealisasikan impian kita berdua atau sekeluarga.

Kita perlu bersetuju bahawa ia merupakan langkah bijak untuk mengurus bajet demi kepentingan seisi keluarga.

Apabila bajet ini dapat dicipta bersama, anda akan mendapati bahawa ia lebih senang dan mudah untuk melaksanakannya. Sekiranya timbul masalah, ia juga lebih mudah untuk diselesaikan bersama.

Inilah keistimewaan bajet dan perancangan kewangan yang sihat apabila sepasang suami isteri mempunyai kematangan arah tujuan dan dapat mengawal situasi secara realistik.

Dalam kita menentukan matlamat kewangan bersama, kita perlu catatkan:

Matlamat kewangan jangka pendek yang mungkin terdiri daripada beberapa perkara di bawah:

*Makanan
*Pakaian (harian atau pejabat)
*Bayaran ansuran
*Barangan rumah
*Bil-bil air, elektrik, telefon dan lain-lain
*Buku-buku dan alat tulis
*Hiburan dan percutian
*Bayaran pinjaman perumahan

Matlamat kewangan jangka panjang pula mungkin terdiri daripada beberapa perkara di bawah:

*Tabungan persaraan bersama
*Wang perbelanjaan kolej atau universiti anak-anak
*Premium insurans hayat, penyakit berbahaya dan perubatan
*Wang untuk didermakan kepada anak-anak yatim

Sambil mencatat matlamat jangka pendek dan jangka panjang bersama, tuliskan juga amaun di sebelah setiap perkara. Tujuan kita melakukannya adalah untuk menghitung kos yang perlu dijelaskan pada setiap bulan atau tahun.

Untuk kos bayaran bulanan, beberapa bayaran seperti hutang kereta dan bayaran pinjaman perumahan, amaunnya mungkin tidak berubah setiap bulan. Namun begitu, untuk bayaran yang berubah, anda perlu isikan amaun anggaran.

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah apabila kita menghitung kos matlamat jangka panjang seperti tabungan persaraan bersama.

Walaupun amaun yang diperlukan agak besar, amaun yang diketepikan setiap bulan akan bertambah dengan cepat dan selamat apabila disimpan di institusi kewangan yang memberikan pulangan yang baik.

Siapkan penghitungan di atas dan dapatkan amaun bulanan yang diperlukan.

Seterusnya, lakukan dua salinan, iaitu satu untuk suami dan satu lagi untuk isteri. Tandatangan di kedua-dua salinan tersebut dan berjanji akan melakukan yang terbaik agar matlamat-matlamat itu akan menjadi kenyataan.

Anda juga perlu berjanji bahawa tabiat buruk seperti pembaziran wang semestinya dikurangkan.

Hanya cara inilah jalan terbaik di mana bukan sahaja kita berpeluang menggabungkan wang daripada gaji bulanan bersama, bahkan kita dapat berkongsi beban kewangan setiap bulan atau setiap tahun.

Seterusnya, lakukan proses mencatat semua pembelian dan pembayaran yang dilakukan dalam sebulan ini.

Lakukan dengan ikhlas supaya kita dapat mencapai matlamat kewangan bersama dengan sempurna. Semuanya mustahak dan harus dicatat. Daripada pembelian atau pembayaran tunai, cek atau menggunakan kad kredit, selagi ia bernama wang, semuanya ditulis dalam buku nota yang dibawa bersama, ke mana saja kita pergi. Di sini, kita dapatkan jumlah keseluruhan yang digunakan setiap hari.

Setelah sebulan kita berjaya mencatat semua pembelian dan pembayaran, kita harus bermesyuarat dan sama-sama menganalisis dan mengkategorikan berapakah wang yang digunakan untuk keperluan makanan, pakaian, barangan rumah, hiburan, percutian dan sebagainya. Pasti proses sebegini dapat memberikan satu kesedaran kerana melalui cara ini sajalah kita mengetahui kebaikan dan kelemahan pasangan hidup kita.

Apabila kesemua proses di atas telah dilakukan selama sebulan, jangan pula anda berhenti di situ sahaja. Kita hendaklah meneruskan amalan yang baik ini untuk selama-lamanya.

Ini kerana apabila matlamat jangka pendek telah dicapai, kita perlu mencapai matlamat jangka panjang pula. Dalam kita meneruskan perjalanan hidup bersama dengan lebih bermuafakat, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih dan syabas sebagai tanda kita telah berjaya melakukan satu perjanjian matlamat hidup bersama.



Rabu, 2009 April 29

eemmm Best baru balik dari bercuti :)

HAPPY BIRTHDAY TU MY HUBBY YANG KE 27

25.4.2009 aku sambut birthday hubby aku kat cameron hIngland.... Tq dekat Kak faizah Pegawai JASA Cameron Hingland dia yang uruskan tempat tidur dan beli kek lagi dekat hubby aku..... eeemmm sedap tu....

Selasa, 2009 April 28

Kenapa za menyepi 2-3 hari nie?

Kenapa za menyepi 2-3 hari nie? heheheh menyepi sebab tak sempat nak edit blog eemmm biasa la keje banyak nak buat eemmmm tambah2 pulak sekarang nie musim pilihanraya... tak habis2 nak buat pilihanraya dulu 5 tahun sekali baru nak rasa dengan kesibukkan pilihanraya... sekarang nie bukan 1 tahun sekali tapi 2 bulan sekali.....

Penat ari tu pun tak habis lagi nie datang , Virus besar masa Pilihanraya Permatang Pauh, lepas2 pilihanraya Terengganu pilihanraya Bukit Gantang, itu tak pa la dah memimpin tu meninggal nie pulak nak pilihan raya penanti pulak lepas nie tak tau apa pulak la...... udah-udah la tu.... sapa yang jadi wakil rakyat tu dah jadi wakil rakyat tu jaga dah la rakyat2 nie dah dapat jadi wakil rakyat mula nak buat pasal nak letak jawatan la apa la aduhhhhhh......... kesian rakyat nie.... terutama aku dengan kawan2 nie yang sentiasa bertugas time2 pilihanraya.... siang malam berjaga untuk memastikan perjalanan pilihanraya berjalan lancar......harap2 penanti nie last la kan.....

haiiii nasib ler

Rabu, 2009 April 22

bila nak buat gathering lagi??

Ni soalan yang dia ajukan pada za,... adeer keah ramai yang akan setuju nak join eemmm nanti buat tak adeer orang yang nak p 2 yang malas nak buat. kali nie kkalu nak buat aku nak buat dekat pantai.... nasi masing2 bawa.. masak lauk jer kat sana..... pastu buat permainan sikit ...... kita buat dekat2 je..dekat pantai kat Penang ke, air terjun ke yang tu baru best kan eemmmmm...... aku kalau berangan memang no 1 punya tapi takkan aku nak buat kerja sorang2........ teruk tu.....

UNTUK RAKAN-RAKAN PERDA ZA KALAU SETUJU BAGI TAU LA BOLEH AKU FIKIRKAN PERANCANGAN ITU TAPI KALAU X SETUJU AKU MALAS LA NAK BUAT,,, YER LA NANTI DAH SAMPAI MASA MULA LA ADER ALASAN KEJE LA .... TAK BOLEH NU....TAK BOLEH NIE......... SEMUA ADER....JADI KALU2 BETUL2 NAK BUAT gathering BAGI TAU BETUL2..

Selasa, 2009 April 21

POLITIK-POLITIK

TAK HABIS 2 DENGAN CERITA POLITIK, NIE SEMUA NAK CARI UNDI SIMPATI, NA DIHARGAI TAH LA SUDAH-SUDAH LA TU, KEPADA KERAJAAN PR ... JANGAN NAK ADERKAN LAGI PILIHAN RAYA, KALAU NAK CARI WAKIL RAKYAT TU BIARLAH BERUL-BETUL NAK JAGA RAKYAT BUKAN NAK BUAT RAKYAT SUSAH NAK KELUAR MENGUNDI LA APA LA, LAIN KALI FIKIR LA SEBELUM NAK CARI PEMIMPIN K....

SAYA CUMA NAK LUAHKAN PENDAPAT AJER... HEHEHE JANGAM MARAH... KALAU TERASA AMBIK P LER..... :) :)

Take 60 seconds and give this a shot!

Take 60 seconds and give this a shot!

Let's just see if Syaitan stops this one.
All you do is:

1. Say:

a- Subhaan-Allah
b- Al-hamdu-Lillah
c- Allaah-Hu-Akbar
d- Laa- iIlaaha -iIlaa Allaah-Hu Muhammadur-Rasoolullah
e- Allaahumma Salli Alaa Sayyidina Muhammad wa Alaa Aalihi wa Sahabihi Wasallim

2.
Then:
Send it on to five other people or more ( If you want ). Within hours, five people have prayed and you caused a multitude of people to pray to Allah, and

3. Then:

Sit back and watch the power of Allah work in your life for doing the thing that you know HE loves

Khamis, 2009 April 16

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.ALMuddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.'
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Anda ada dua pilihan sama ada:
1.biarkan dalam inbox anda tanpa
bermanfaat utk org lain..
2.anda sebarkan pada kenalan anda. sabda Rasulluah, 'siapa
yang menyampaikan satu ilmu dan orang
yang mengamalkannya maka dia akan
beroleh pahala walaupun sudah tiada.......

Take 60 seconds and give this a shot!!!!


Let's just see if Syaitan stops this one.
All you do is:

1. Say:

a- Subhaan-Allah
b- Al-hamdu-Lillah
c- Allaah-Hu-Akbar
d- Laa- iIlaaha -iIlaa Allaah-Hu Muhammadur-Rasoolullah
e- Allaahumma Salli Alaa Sayyidina Muhammad wa Alaa Aalihi wa Sahabihi Wasallim

2.
Then:
Send it on to five other people or more ( If you want ). Within hours, five people have prayed and you caused a multitude of people to pray to Allah, and

3. Then:

Sit back and watch the power of Allah work in your life for doing the thing that you know HE loves