السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
جزاك الله خيرا
Semoga bermanfaat untuk kita semua. insyaALLAH.
"Kesabaran akan turun mengikut kadar musibah"
Siri kalam-SAIDINA ALI-
MUTIARA IMAN:
PENYEJUK HATI
وأقم الصلاة لذكرى
Firman ALLAH SWT: “Dirikanlah solat untuk mengingatiKU”
(Surah Toha ayat 14)
Ulasan Ayat :
1. SOLAT merupakan program mengingati ALLAH. Solat juga merupakan
munajat hamba terhadap ALLAH. Firman ALLAH SWT di atas membuktikan bahawa
perintah solat bukan sahaja sempurna pada rukun dan syarat semata-mata,
malah kita juga diperintahkan agar mengingatiNYA ketika solat.
2. Solat merupakan sistem penghubung diantara makhluk dan KHALIQ
(PENCIPTA). Perbuatan solat yang di mulakan dari takbiratul Ihram dan di
akhiri salam yang disertai dengan ingatan penuh kepada ALLAH akan
menjadikan ianya penyejuk hati kita. Sepertimana NABI SAW menjadikan solat
sebagai penyejuk hati Baginda.
3. Solat yang lalai (tanpa mengingati ALLAH) lahir daripada hati
yang lalai ketika diluar program solat, kita boleh mengukur samada hati
kita lalai ataupun tidak, ádalah melalui solat kita. Oleh itu, bagi
mencapai tahap kekhusyukan yang tinggi ketika bersolat, kita hendaklah
mendidik hati kita agar sentiasa beramal, berzikir, melaksanakan segala
kebaikkan dan menjauhi laranganNYA, keluarkan segala sifat yang buruk, dan
hiasi dengan sifat yang terpuji.
4. Solat yang paling baik ialah solat yang dapat dirasakan bahawa
solat yang dilaksanakan ádalah solat yang terakhir kita di dunia, serta
menyedari bahawa diri kita sedang berada di hadapan ALLAH, samada
dirasakan bahawa ALLAH sedang melihatnya atau kita sedang melihat ALLAH.
5. Solat akan menjadi khusyuk apabila hati kita merasa khusyuk, dan
apabila hati merasa khusyuk menghasilkan pergerakkan anggota turut
khusyuk, khusyuk itu berpunca daripada jiwa yang benar-benar menghamba
diri, merasa hina, penuh dosa terhadap ALLAH serta merasakan bahawa ALLAH
MAHA AGUNG dan MAHA BERKUASA terhadap segala sesuatu.
6. Sedarilah, berpuluh tahun kita bersolat, tetapi mengapa kita
masih tidak pernah merasakan kenikmatannya…hingga kita pernah merasa solat
itu satu bebanan buat kita, sedangkan ianya adalah perkara pertama yang
akan disoal di hari Qiyamat nanti…WALLAHU’ALAM.
SALAM EIDUL ADHA DARI ABBORT
15 beberapa jam yang lalu