Khamis, 2008 Mei 29

Hari ku indah... dua hari kan bersatu....

Na-na-na-naSpazWakka WakkaLove SongLove Song
eemmm tah apa2 tah ari nie aku asik nyanyi lagu tu jerr hheheh, Hari nie nak habiskan keje tapi x habis pun..... Ari nie tak ader masa nak taip banyak2 sebab nak buat keje nak repair untuk metting esok......

esok ader metting kat Pejabat Daerah Balik Pulau, jam 9.00 pagi.... eeee boring betul esok terpaksa banggun awal dan keluar awal tensionnya....... kol 6.00 pagi dah kena keluar yer la kalau tak kuar awal nanti JEM sapa susah dah la aku tak tau jalan nak p kat pejabat tu, haii yaaaaaaaa... ibu pejabat bagi peta dah tapi takut sesat lagi... tu yang kena keluar awal......

Doakan iyza selamat sampai dan tidak sesat nak p Pejabat Daerah & Tanah Balik Pulau.
............amin.......

Khamis, 2008 Mei 22

Kisah Tentang Adik ku" MOHAMAD HARITH RAZIQ"


Kisah Tentang Adik ku" MOHAMAD HARITH RAZIQ"

Adik aku nie special sikit, cerita dia macam nie, mama aku mengandung kat dia x tau tiba-tiba tanggal 23 jun 2004 mama sakit perut, jadi mama masik bilik air nak buang air kecil, tiba-tiba mama aku terkejut baby terkeluar..... eemmm senang sanggat.... ( semua pasti tak akan percaya kan) yang jadi macam nie nie sebab mama dah tak datang bulan selama 2 tahun... jadi mama ingat monopus, dia buat x tau jer la, tapi yang ajaibnya kalau orang yang mengandung kalau 4bulan tu dah xlih nak meniarapkan tapi mama aku nie siap boleh meniarap, pas tu pulak p joging la, yang paling power lagi adik aku yang no3 tu pijak belakang,,bayangkan kalau orang mengandung ader orang pijak belakang yang beratnya 80 kg bayangkan...Thinking mana bolehkan tapi memang kenyataan,...
Yang paling best sekali Abah aku sebulan tak kuar kampung malu sebab apa sebab tak tau isteri sendiri mengandung sampai mama aku bersalin pun cari dia merata, pastu orang dah jumpa dia, dia boleh gelak kata tipu heheheh...... memang melucukan :) Pada Adik aku di lahirkan aku tak ader aku masuk hutan kursus KADA WATANIAH aku pun terkejut juga dan lawak tergelak masa abah telefon aku bagi tau, aku ingat abah bagi tau mama mengandung aku pun kata la kan abah aku, yang tu pun nak bagi tau dah mengandung bertambah la lagi aku.... Tapi abah pun bagi tau bukan mengandung tetapi dah bersalin korang nak tau apa aku buat aku punya puluk gelak dah la pada masa tu dalam hutan magrib lah tu, sampai kawan 2 yang lain pun pelik, aku pun cerita kat mereka semua x percaya... abah suruh minta pelepasan untuk balik, tetapi aku x boleh nak kuar sebab masih dalam latihan dalam hutan lak tu.
Latihan hutan dah habis aku terus minta cuti daripada tuan, minta nak tengok mama aku dan adik aku pada masa tu aku dia beritahu keadaan adik aku 50/50 ajer.. dia dihantar ke dalam unit kecemasan ICU mama aku jer le tengok.. doktor pun dah seruh mama aku sain kalau jadi apa2 pada adik aku mama aku xlih nak salahkan hospital... Doktor kata adik aku kurang gula dalam badan, keadaan dia sanggat lemah.. masa dalam ICU aku pergi tu aku tengok kesian sanggat, ya la dah la badan kecil, lagi wayar penuh badan pastu duduk dalam bilik khas pulak tu, doktor pakar tunggu 24jam, tak tinggal langsung, aku pun x dibenarkan masuk tetapi mama aku bagi tau aku pulang dari jauh nak tengok dia dan cuti x lama jururawat tu pun bagi, tapi tengok dalam cermin jer la..
Tetapi Doa seorang Ibu memang mustajab akhirnya...Ibu aku doa siang dan malam x henti-henti akhirnya Haris sihat tengok la sekarang macho botak macam mawi pulak tu hehheheheh...... senyuman menawan bak buluh perindu. Sekarang dah umur 4tahun, x larat nak layan kerenah dia.. Kadang2 nak marah xjadi marah yer la kesian pun ader.. tapi sekarang nie aku macam nak geram pun ader kadang-kadang abah aku tu bagi muka sanggat kat dia... melampau... apa-apa tu dia aderlah buah hati kami semua... dengan kuasa Allah s.w.t Mohamad Harith Raziq Binti Mohd Khori sihat.... Tapi satu jer ka nak kena jaga dia nie, jangan kurang makan, tidur, Letih dan kurang minum Air mula la dia nak demam panas.... tapi yang penting dia sihat selalu.....
Ibu...ibu engkaulah ratu hati ku....... oleh itu dengar cakap ibu, jangan bantah cakap beliau, serta jagalah hati beliau, jangan sampai mereka kecewa atau sedih kerana doa seorang ibu adalah amat bermakna....... segala doa ibu pohonkan untuk anaknya adalah salah satu yang diterima oleh allah.... dah kita haruslah bersyukur kepada allah kerana ia memberi kita perluang untuk menikmati nikmat hidup dibumi allah s.w.t

tang...tang....tang.........

Selasa, 2008 Mei 20

Pergi Alor Setar

Cuti 3 hari pun x pa mana, cuma kebetulan ader orang meninggal, mama telefon aku pagi-pagi lagi, ingatkan aku untuk pergi kenduri rumah saudara abah, dekat Permatang Kuang, Kepala Batas, yer la abah aku nie nak bawa menantu dia, kenal adik beradik.. tapi laki aku nie biasa la pendiam haaiii aku pun x tau la macam mana nak buat dengan laki aku yang sorang niekan.....
Yer la pendiam x tau nak bergaul dengan adik-beradik lain la aku nie mulut xtau nak diam... kalau sapa yang kenal aku tahu la macam mana aku nie.. kalau dah mula cakap mula la tak tahu nak berhenti... biasa la perempuan.....
Lepas pergi kenduri aku dan family terus pergi Alor Setar, ziarah mayat emak, Makcik Ani meninggal, dulu mama aku mengasuh anak Makcik Ani nie la tu yang baik dengan dia tu, Lagi pun Makcik Ani nie orangnya tak berkira sanggat. Masa kenduri aku pun dia pulun sampai ke petang, patu sponsor bunga telur la, dan macam 2 lagi la..hai rajin sungguh dia.... Tapi apa-apa pun aku ucapkan Takziah kepada keluarga beliau..
Selepas pergi Alor Setar kami terus pergi ke Gurun rumah MAk Dek aku, tapi dia takm ader dia pergi sekolah anak dia tak tau la ader apa tah. Nasib la suami dia ader kat rumah, dah lepak2 ken rumah dia kejap kita orang terus pulang biasa la laki aku nie xader keje lain asik nak balik kampung dia,kalau aku Ajak balik rumah mama jer dia buat xtau jer, kadang2 sedih juga..
Apa-apa pun korang doakan kebahagian aku k..

Sabtu, 2008 Mei 17

"Macam-macam Cita"

Assalamuaikum, emm nak mula cita yang mana dulu eeekkk....

Semalam selepas balik pada opis aku turut p jumpa orang, biasala keje macam aku nie kena selalu jumpa dengan orang,baru dapat selesaikan masalah kerje yang banyak nie, yer la nak cari isu kena la keluar ground... baru boleh dapat maklumat tambah-tambah pulak masalah isu beras sekarang yang geraknya dulu harga x la mahal sanggat tetapi sekarang dah bertambah mahal time aku duduk asing pulak tu... dulu masa aku bujung xpa la hehheheh... sekarang nie kena la banyak berjimat- cermat kita harus la meyahut seruan kerajaan hehehheeheh..................

Pastu aku balik umah mama jap, adik aku yang sorang nie nak ikut aku balik umah aku kat Padang Serai, eemmm dah bising-bising aku bawa la adik aku tu, hehheh...... bukan adik aku je ikut semua sekali jadi aku xla risau nak bawa dia sanggat.

Kebetulan aku masak tomyam yam.....yam..... Tomyam Udang eemmm ...... mesti la sedap nak heheh....(masuk bakul angkat sendiri) jadi aku jamu la mama aku degan adik2 aku tu, nasib depa mai habis gak tomyam aku. Hari dah malam mama telefon Abah mai umah aku,, sedih betul abah aku sejak aku pindah dia xpernah mai lagi rumah aku,, berapa kali dah aku ajak tapi macam x sudi je nak mai,, mama telefon dia bagi alasan kata adik2 aku xmau balik dan suruh dia mai ambik baru la dia nak mai..... Allamdulilah la mai jugak Abah aku kat Rumah aku... dah mai tu dia telefon pulak kawan dia suruh mai... nasib baik aku masak sedap hehhehe sedap ke... sedap x sedap pun depa makan habis gakkan,... Jam dah pukul 10.00 mlm baru Abah dan Mama pulang...

Aku menyusur kemudian dalam masa yang sema aku pergi ambil kereta baru aku, .... kereta buruk ke, aku beli kerata dengan harga RM6500 jer, kereta proton saga tahun1990 warna putih.. Mama dengan Abah pun x tengok lagi, aku dengan hubby pergi ambik on the way nak balik rumah mama hantar adik2 aku.... Jadi keje sungguh ambik kete malam 2... Lepas ambik kete terus aku balik umah mama, tunjuk kete baru aku tu... dapa kata ok allamdulilah la tak ader bantahan..... lapas pada hantar adik2 aku aku terus pulang kerumah .......

nie la cita aku ari nie........................



Jumaat, 2008 Mei 16

"Ikan untuk wanita hamil"

Hati Oleh Shukri Matt Ali

WANITA hamil atau wanita yang menyusukan bayi, sering dinasihati agar mengelakkan daripada mengambil makanan laut secara berlebihan.

Mereka perlu mengehadkan jumlah ikan yang dimakan kerana banyak spesies marin atau laut mungkin mengandungi paras plumbum yang tinggi yang boleh membahayakan kesihatan ibu, bayi atau janin.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, tanggapan konvensional itu digugat oleh satu organisasi yang mem perjuangkan hak ibu dan kanak-kanak yang menasihati wanita hamil dan ibu yang melahirkan anak agar makan lebih banyak ikan bagi memastikan perkembangan otak yang optimum di kalangan bayi mereka.

Saranan itu datangnya daripada Gabungan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak Sihat Kebangsaan, kumpulan bukan ke rajaan di Amerika Syarikat, yang memberi tumpuan terhadap isu kesihatan kanak-kanak.

Penasihat saintifik kumpulan itu, Judy Meehan, yang juga Pengarah Eksekutif gabungan itu berkata, wanita hamil dan yang melahirkan bayi perlu memakan sekurang-kurangnya 12 auns ikan setiap minggu.

Sebelum ini, Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-uba tan Amerika Syarikat menasihati wanita hamil agar me ngehadkan pengambilan makanan laut mingguan mereka tidak melebihi 12 auns, atau kira-kira dua kali pengambilan saja dalam seminggu.

Walaupun kedua-dua pihak itu menyarankan wanita hamil selamat jika mengambil makanan laut sebanyak dua kali dalam setiap minggu, kebimbangan terhadap pencemaran plumbum dalam makanan laut menghalang kebanyakan wanita hamil memilih ikan untuk dimakan.

Penemuan terbaru menerusi kajian mutakhir menunjukkan asid lemak omega-3, yang kebanyakannya ditemui dalam isi ikan, amat penting bagi perkembangan otak janin dan bayi yang baru dilahirkan.

Awal tahun ini, satu laporan dalam jurnal perubatan The Lancet , merumuskan wanita yang memakan lebih daripada 12 auns ikan setiap minggu semasa hamil akan melahirkan anak yang lebih cerdik dan cepat dari segi perkembangan fikiran.

“Nasihat agar wanita hamil mengehadkan pengambilan makanan laut mungkin akan mengurangkan pengambilan nutrien yang perlu bagi perkembangan neurologi secara optimum,” kata sekumpulan saintis daripada Institut Ke sihatan Kebangsaan dan Universiti Illinois, Chicago pula.

Menurut Meehan, masalah sebenar dalam hal ini berkaitan dengan wanita yang mengurangkan pengambilan ikan dalam diet mereka.

“Oleh itu, jika mereka (wanita hamil) makan 12 auns hasil laut, ia lebih selamat, langkah yang wajar dan tiada siapa akan mempertikaikannya,” katanya yang mengetuai penyelidikan menggunakan geran Institut Perikanan Negara, sebagai lang kah membantu kempen pendidikannya.

Katanya, bagi wanita yang mahu mendapat faedah kesihatan tetapi bimbang mengenai kandungan plumbum dan racun lain dalam hidupan laut, langkah yang bijak memilih ikan yang mempunyai paras plumbum yang paling rendah.

Laporan terbaru dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika merumuskan faedah kesihatan yang amat kaya boleh di peroleh daripada ikan berminyak seperti ikan salmon, hering dan sardin, yang secara umumnya mengandungi plumbum yang rendah.

Antara ikan yang perlu dielakkan kerana mempunyai kadar plumbum tinggi ialah ikan yu, ikan layaran dan tenggiri.

Rabu, 2008 Mei 14

ADA METTINGG.....

Na-na-na-naNa-na-na-naNa-na-na-naNa-na-na-naNa-na-na-na


HARI NIE ADE MEETING KAT IBU PEJABAT BANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG, PADA PUKUL 10.00 PAGI JADI AKU TAK MASUK OPIS LA... NANTI NAK P AMBIK KAK NITA, TERUS P PENANG INGAT NAK P NAIK FERI JE LA BARU SAVE MINYAK AKU SIKIT HEHEHEEH.......... SEKARANG KENA LA BERJIMAT-CERMAT SEDIKIT BARU BOLEH SIMPAN DUIT..... :) HEHEHEH...... DENGAR TAKLIMAT. PERGI TAKLIMAT NIE DAH TENTU BANYAK LAGI LA KEJE AKU BERTAMBAH JADI BAIK AKU BERSERONOK DAHULU SEBELUM DAPAT KEJE BARU
SpazWakka WakkaSpazWakka WakkaSpazWakka Wakka

Isnin, 2008 Mei 12

Tq Syal

SELAMAT DATANG, & SALAM PERKENALAN

"Assalamuaikum"

TQ fysal sebab tolong za edit blog niee,.... cantik sanggat nanti kalu ade masalah za minta tolong g hehehehhe.


Korang nak tahu kalu tak ader sahabat za nie tak tau la buruk la blog aku nie.. bukan tak tau buat tetapi dah lupa habis.. penat je cikgu ajor heheheheh... kepada cikgu-cikgu za za minta maaf la no bukan apa dah lama tak buat jadi tak ingat lerr.. Tapi nasib la ader kawan-kawan.. Alhamdulilah la sebab dapat kawan-kawan yang baik hati.... I Love u All...

Nie pun nak study banyak lagi nie..... ari nie x leh update lama banyak keje nak buat, dan nak hantar lagi pulak siapkan keje sebab ader metting kat Ibu Pejabat kat penang, Rabu nie kol 10.00pagi hai metting apa tah la dia orang tak bagi tau... eemmm katuk pun ader biasa la dah metting nie bukan nak kurang keje tapi lagi banyak keje laaa...

k salam sayang dari za,Hello

Khamis, 2008 Mei 08

Ader kenduri kat opis

Photobucket

"Assalamuaikum"

Hari ni ader kenduri kat opis, Boss buat kenduri jap g nak buat baca yassin dengan tahlil untuk arwah, dalam bulan nie jer ada member-member opis yang kehilangan ibubapa dan anak.... al-fatihah buat mereka samoga roh mereka di cucuri rahmad oleh Allah taala....... serta masukkan mereka di dalam golongan orang-orang yang beriman.

eemmm ari nie banyak kerja sungguh semua nak kene hantar. Tapi aku sempat dan curi-curi masa gak untuk blog baru aku ari nie eemmm..... ari nie sampai opis pukul 8.50 pagi eeemmmm awal sikit la dari kelmarin ...... heheheheheheh ........

Ahad, 2008 Mei 04

Salam Perkenalan

Photobucket

" Assalamuaikum "

Terima kasih kerana sudi melawat Blog ini. Dalam blog nie kalau boleh mari la kite bincangkan mengenai masalah2 isu semasa yang anda hadapi dan tidak berpuas hati.........


sekian
terima kasih kerana sudi melawati blog saya.....