Barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.
keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"
barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu
barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka
barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai
ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka
barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan
mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka
mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran
barisan ke-8: diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas
mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di neraka. sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"
barisan ke-9: diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh
mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya
barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta
mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama
mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."
Selasa, 2009 September 15
[MahligaiKu] AGAMA : 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat
Rabu, 2009 September 09
MANDI
Mandi
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Pesanan:-
Tolong forwardkan e-mail ini......... kalau ramai orang dapat baca artikel ni....lagi bagus kan ?
Tidak ada apa yang dapat tolong kita diakhirat nanti melainkan 3 perkara
1) anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya
2) sedekah amal jariah
3) ilmu yg bermanfaat
H1N1
Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia.
Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 60 org, hampir 2000 dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul akibat jangkitan ini.
Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di sini melalui perbualan yang telah terjadi.
1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)
Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.
1.. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico , dan dinamakan SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia datang?
2.. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.
3.. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?
4.. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini
5.. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu.....dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan "PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!."..... so... apa yang ada dapt dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan ?
2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA
Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........
Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia....walluhualam...
3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)
Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.
Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.
PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!
Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.
1.. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2.. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3.. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4.. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5.. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?
Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.
Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?
Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya
1.. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2.. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3.. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4.. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......
Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah
Tolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin
Ahad, 2009 Ogos 23
Selasa, 2009 Ogos 18

PENGUNDI-PENGUNDI
N11 PERMATANG PASIR:
SETELAH 52 TAHUN ANDA HIDUP DALAM KEADAAN AMAN,SENTOSA MAKMUR, HENDAKLAH KAMU SEMUA BERSYUKUR...........HARGAILAH KERAJAAN KITA
KERAJAAN BARISAN NASIONAL. ANDA BERJAYA SEHINGGA SEKARANG INI PUN KERANA KERAJAAN BARISAN NASIONAL INI JUGALAH......JADI FIKIRKAN JASA BAIK YANG TELAH DITABURKAN KEPADA ANDA......
UNDILAH BARISAN NASIONAL
BARISAN KITA
Rabu, 2009 Ogos 05
RINDU KEBAHAGIAN
aku nak rasa gembira
sentiasa ceria seperti dalu, hahhahaahah apa yang aku melalut nie....
Rabu, 2009 Julai 29
Kenapa hati ini selalu disakiti
kenapa diri ini selalu di sakiti..:-( hari ini hari yang menyedihkan aku... kenapa semua ini berlaku sebegini rupa, Ya Allah bahagiakan la hambaMU ini, hanya engkau yang yang dapat mengubah segalanya...
Aku ini hanya insan biasa, kenapa aku tidak layak bahagia seperti orang yang hidup ceria tanpa sebarang masalah,..kadang-kadang aku tak nak salahkan takdir, aku hanya nak salahkan diri aku ini.
Tah la apa yang aku melalut nie, tiba-tiba ari nie aku rasa sedih sanggat, terasa macam tidak sedap hati ajer, aku rasa macam ...... dia tidak sayangaku saja, aku selalu jer nak buat andaian yang bukan-bukan tapi aku memang sediri sangat, aku rasakan seperti aku nie tak penting dalam hidupnya, walaupun aku tahu dia amat menyayangi aku, tepi kadang-kadang aku merasakan aku disisihkan di rumah itu, dengan orang lain dia boleh bercakap dan bergurau, tetapi kenapa tidak dengan aku, kenapa aku tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan ini.
Tolongla aku, bagai mana aku perlu buat untuk menyenangkan hati ini, apa yang aku buat semuanya tidak dihargai, tetapi aku salah sedikit aku juga yang dipersalahkan, kalu dia yang buat salah sapa yang nak dipersalahkan. aku pun tak paham kadang-kadang aku paham perangai dia tapi kenapa hanya dengan aku merasakan diri aku tiada orang ambil perduli.
Adakah aku tidak layak untuk happy, dahulunya aku seorang yang happy kenapa sekarang aku rasa seperti aku ini seorang yang sedih dan tidak ceria, kadan-kadang aku pun tak tahu kenapa jadi begini, Aku rasakan jiwa aku kosong-kosong yang tak tahu apa yang difikirkan.
YA Allah, tenangkan la fikiran aku, berikanlah kebahagian kepada aku, hanya engkau sahaja yang dapat menentukan segala kejadian alam, Ampunkanlah Dosa-dosa aku,
Selasa, 2009 Julai 28
Mutiara Iman ( Penyejuk Hati )
جزاك الله خيرا
Semoga bermanfaat untuk kita semua. insyaALLAH.
"Kesabaran akan turun mengikut kadar musibah"
Siri kalam-SAIDINA ALI-
MUTIARA IMAN:
PENYEJUK HATI
وأقم الصلاة لذكرى
Firman ALLAH SWT: “Dirikanlah solat untuk mengingatiKU”
(Surah Toha ayat 14)
Ulasan Ayat :
1. SOLAT merupakan program mengingati ALLAH. Solat juga merupakan
munajat hamba terhadap ALLAH. Firman ALLAH SWT di atas membuktikan bahawa
perintah solat bukan sahaja sempurna pada rukun dan syarat semata-mata,
malah kita juga diperintahkan agar mengingatiNYA ketika solat.
2. Solat merupakan sistem penghubung diantara makhluk dan KHALIQ
(PENCIPTA). Perbuatan solat yang di mulakan dari takbiratul Ihram dan di
akhiri salam yang disertai dengan ingatan penuh kepada ALLAH akan
menjadikan ianya penyejuk hati kita. Sepertimana NABI SAW menjadikan solat
sebagai penyejuk hati Baginda.
3. Solat yang lalai (tanpa mengingati ALLAH) lahir daripada hati
yang lalai ketika diluar program solat, kita boleh mengukur samada hati
kita lalai ataupun tidak, ádalah melalui solat kita. Oleh itu, bagi
mencapai tahap kekhusyukan yang tinggi ketika bersolat, kita hendaklah
mendidik hati kita agar sentiasa beramal, berzikir, melaksanakan segala
kebaikkan dan menjauhi laranganNYA, keluarkan segala sifat yang buruk, dan
hiasi dengan sifat yang terpuji.
4. Solat yang paling baik ialah solat yang dapat dirasakan bahawa
solat yang dilaksanakan ádalah solat yang terakhir kita di dunia, serta
menyedari bahawa diri kita sedang berada di hadapan ALLAH, samada
dirasakan bahawa ALLAH sedang melihatnya atau kita sedang melihat ALLAH.
5. Solat akan menjadi khusyuk apabila hati kita merasa khusyuk, dan
apabila hati merasa khusyuk menghasilkan pergerakkan anggota turut
khusyuk, khusyuk itu berpunca daripada jiwa yang benar-benar menghamba
diri, merasa hina, penuh dosa terhadap ALLAH serta merasakan bahawa ALLAH
MAHA AGUNG dan MAHA BERKUASA terhadap segala sesuatu.
6. Sedarilah, berpuluh tahun kita bersolat, tetapi mengapa kita
masih tidak pernah merasakan kenikmatannya…hingga kita pernah merasa solat
itu satu bebanan buat kita, sedangkan ianya adalah perkara pertama yang
akan disoal di hari Qiyamat nanti…WALLAHU’ALAM.